Selasa, 9 Jun 2015

Review It's Okay It's Love


Tajuk : It's Okay It' Love

Genre : Romantik/Kelakar/Perubatan

Episod : 16

Pelakon utama : -

Jo In Sung sebagai Jang Jae Yeol
Gong Hyo Jin sebagai Ji hae Soo
Sung Dong Il sebagai Jo Dong Min
Lee Kwang Soo sebagai Park Soo Kwang
Do Kyung Soo sebagai Han Kang Woo

Jang Jae Yeol adalah seorang penulis laris novel misteri dan DJ radio. Berperwatakkan agak sombong dan main-main. Dia juga mengalami Obsesif-Kompulsif gangguan. Obsesif-Kompulsif adalah penyakit mental yang menyebabkan pemikiran dan tindakan berulang dan tidak diingini.

Mula jatuh cinta dengan Ji Hae Soo ialah seorang pakar psikiatri. Ji Hae Soo pada awalnya tidak mengetahui penyakit Jang Jae Yeol sehingga teman serumahnya yang juga seorang pakar psikiatri, Jo Dong Min memberitahunya. Setelah mengetahui Ji Hae Soo tahu akan penyakitnya, Jang Jae Yeol mula menjauhkan diri dari Ji Hae Soo. Namun, disebabkan cinta yang sangat kuat, Jang Jae Yeol dan Ji Hae Soo sama-sama bekerjasama demi  menyembuhkan Jang Jae Yeol.

Akhirnya Jang Jae Yeol berjaya disembuhkan. Jang Jae Yeol juga berkahwin dengan Ji Hae Soo. Banyak adegan yang kelakar dan sedih boleh kita saksikan. Memang best.

Saranghae : Awas! Bawah 18 tahun tidak digalakkan tengok drama It's Okay It's Love ini kerana ada adegan kurang manis sedikit. Saya bagi 7/10 bintang :)  

Khamis, 28 Mei 2015

Review Drama Korea Gu Family


Setelah bapanya dibunuh, Yoon Seo-hwa (Lee Yeon-hee), adiknya Jung-yoon (Lee David) dan pembantu rumah mereka, Dam (Kim Bo -mi) dihantar ke sebuah rumah gisaeng. Seo-Hwa enggan menjadi gisaeng lalu diikat di pokok sepanjang malam.

Tiba-tiba datang, Gu Wol-Ryung (Choi Jin-Hyuk), pelindung hutan mistik dan seorang gumiho datang membantu Seo-Hwa. Rakannya seorang sami, Sojung (Kim Hee-won), memberi amaran supaya jangan mengganggu kehidupan manusia, namun dia kembali membantu  Seo-hwa yang hilang dihutan dan akhirnya mereka jatuh cinta. Banyak pengorbanan perlu dilakukan oleh Gu Wol untuk berkahwin dengan Seo-Hwa seorang manusia. Namun, akhirnya mereka berkahwin juga dengan bantuan Sojung.

Seo-Hwa telah melahirkan anak dan mati di dalam hutan. Anaknya, Lee Seung Gi telah dibawa oleh Sojung untuk bergaul dengan manusia biasa. Apa akan jadi pada Lee Seung Gi? Anda kena tengok Drama Gu Family ini hingga akhirnya....

Para pelakon :- 
  • Kim Hee-won sebagai Sojung 
  • Uhm Hyo-sup sebagai Park Mu-sol
  • Lee Do-kyung sebagai Teacher Gong-dal 
  • Jo Jae-yoon sebagai Bong-chul 

Sabtu, 23 Mei 2015

Sinopsis Drama Korea Maids

Drama Maids ini mengisahkan kisah persahabatan, kekeluargaan dan percintaan. In Yub seorang anak bangsawan yang telah menjadi hamba (orang gaji) setelah kematian ayahnya yang dituduh menjadi pengkhianat negara. In Yub juga terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Kim Eun Gi kerana sudah berlainan darjat. Disebabkan kematian bapanya yang dianggap pengkhianat Negara, In Yub dipaksa menjadi hamba (orang gaji). Pada mulanya memang sukar untuk In Yub menyesuaikan diri bergaul dengan orang bawahan namun akhirnya In Yub sudah pandai menyesuaikan diri dengan hamba yang lain termasuk Moo Yung. Moo Yung merupakan ketua hamba (orang gaji) dan agak misteri tetapi selalu menolong In Yub apabila kesusahan.

Kim Eun Gi (bekas tunang In Yub) pula terpaksa berkahwin dengan Yoon Ok, anak bangsawan yang mana tempat In Yub menjadi orang gaji mereka demi menjaga darjat keluarganya.

Rupa-rupanya, Moo Yung adalah anak kepada gundik Raja Joseon yang telah lama dijejaki. Moo Yung dan In Yub sudah mula saling jatuh cinta antara satu sama lain tetapi dipisahkan oleh darjat.

Adakah Moo Yung menerima tahta untuk menjadi seorang Raja atau menolaknya demi cintanya pada In Yub? Korang kena tengok drama Maids ni segera….


Tajuk : Maids/ The Servants/The Housemaids

Genre : Romantik/Aksi

Episod : 20

Pelakon utama ialah :

Jung Yoo Mi sebagai Goong In Yub

Oh Ji Ho sebagai Moo Myung

Kim Dong Wook sebagai Kim Eun Gi

Lee Shi Ah sebagai Heo Yoon Ok

Saranghae : Saya bagi 10 bintang. Best sangat drama Maids ni...

Jumaat, 22 Mei 2015

Review Korean Drama Time Slip Dr Jin


Semangat sudah mari.....jom layan Time Slip Dr Jin.
Jika anda masih ingat Auntum in My Heart...hero Time Slip Dr Jin jugak, Song Seung Heon.

Jin Hyuk (Song Seung Heon) adalah seorang doktor pakar bedah otak. Satu hari tunang, Mi-Na telah mengalami kemalangan sehingga koma. Semasa pembedahan salah seorang pesakitnya, suatu kuasa misteri yang menyebabkan Jin Hyuk telah masuk ke zaman 150 tahun yang lalu dalam masa untuk tahun 1860 semasa Dinasti Joseon. Apa berlaku selepas itu? Anda kenalah tonton Time Slip Dr Jin.

Pelakon :-

Song Seuyng Heon sebagai Jin Hyuk

Park Min Young sebagai Hong Young Rae

Lee Beom Soo sebagai Lee Ha Eung

Kim Jaejoong sebagai Kim Kyung Tak

Saranghae : Saya bagi 8/10 bintang.

Selasa, 19 Mei 2015

Review Drama Korea Arang And The Magistrates

Hero : Lee Jun Ki                  Heroin :  Shin Min A
Mengisahkan Kim Eun Oh yang mencari ibunya di kampung yang dinamakan Miryang. Dia mempunyai kelebihan boleh melihat roh hantu-hantu yang berkeliaran sepanjang perjalanannya ke kampung Miryang.
Arang seorang gadis comel berlesung pipit menjadi roh yang tidak tenteram akibat kematiannya yang misteri. Arang kehilangan semua memori sepanjang dia hidup apabila menjadi hantu. Dia bertemu dengan Kim Eun Oh semasa dia dikejar oleh penjaga syurga.
Arang meminta Kim Eun Oh yang dengan tidak sengaja dilantik menjadi Hakim di Miryang untuk membantu mencari siapa pembunuh dirinya sebenar. Pada awalnya Kim Eun Oh tidak bersetuju tetapi lama-kelamaan dia bersetuju sambil mencari punca kehilangan ibunya dan misteri kehilangan anak dara sunti di Miryang.
Siapa yang membunuh Arang? Korang layanlah drama Arang & Sato (bahasa korea) ni sendiri. Memang seronok dan penuh misteri serta comel.
Dari 5 Bintang : Saya bagi 4 Bintang.

Isnin, 18 Mei 2015

Review Korean Drama Princess Man



Jewel In The Palace telah melabuhkan tirainya.
Kini saya tengah layan Princess Man plak. Memang betul-betul kemaruk drama Korea betul saya ni. Sampai budak-budak opis pun tegur...kenapa saya suka layan citer-citer klasik ni. Memang saya suka citer-citer berkisarkan Raja-Raja ni. Seronok. Gembira. Bahagia.
Kalaulah orang Malaysia boleh buat drama bab istana dan raja ni pasti menarik. Saya memang nak sangat tengok Raja, Permaisuri dan anak-anak Raja ni hidup dalam istana dorang tu.
Ahmad Idham, Pierre Andre, Shamsul Yusof, Rosham Nor...tolonglah buat drama pasal Raja-Raja ni macam zaman P.Ramlee dulu tu...dari korang buat psl momok, pelesit..cintan cintun, rasuah, rempit..baik buat citer..Saya sokong 150%.
Dalam Princess Man ni,  heroin dia..rupa-rupanya heroin dlm It's Okay Daddy's Girl gak. Ngeh!Ngeh!
Princess Man

Dibintangi oleh Moon Chae Won sebagai heroin yang bernama Lee Se Ryung dan Park Shi Hoo sebagai hero yang bernama Kim Seung Yoo. Dua-dua comelkan?

OST Princess Man, I Love Too from Baek Ji Young
bara bol su bakke eobseoseo..manjil suga eobseoseo..seulpeo..
baro ape seo inneun geudae..geurigo geu dwie na..
hangsang geuneuri jin goseseo..geuneuri jin eolgullo..ureo..
dorabwa dallago mot haneun naya..tto nunmuri naneun naya..
naeiri wado sarang hae..eojeboda deo sarang hae..
gaseum ane inneun mal..kkeonaeji mot han chae..
oneuldo geudaereul sarang hae..
geudae dwie itgineun sirheo..maeil yeope itgoman..sipeo..
geu nari ogireul won haneun naya ..geu ttaemune saneun naya..
bogo isseodo geuri wo..gachi isseodo oero wo..
honjaman haneun i sarang..kkeuchi boiji anha..
seoreoul mankeum..himi deuljiman..
naeiri wado sarang hae..eojeboda deo sarang hae..
gaseum ane inneun mal..kkeonaeji mot han chae..
oneuldo geudaereul sarang hae..geudaeman sarang hae..
nae mam..hanado moreuneun..
babo gateun geu saram..nae nun ape geu saram..
geurae..geudaenikka..
bogo isseodo geuri wo..gachi isseodo oero wo..
honjaman haneun i sarang..kkeuchi boiji anha..
seoreoul mankeum..himi deuljiman..
naeiri wado sarang hae..eojeboda deo sarang hae..
gaseum ane inneun mal..kkeonaeji mot han chae..
oneuldo geudaereul sarang hae..geudaeman sarang hae.
Punyalah berbelit lidah makcik nyanyi lagu Korea ni. Banyak sangat huruf o & ae....tapi memang sedaplah OST Princess Man ni. Lunak merdu suara Baek Ji Young ni.


Jumaat, 15 Mei 2015

Review Korean Drama Jewel In The Palace

Sebenarnya saya memang hantu citer Korea. Sejak dari zaman anak dara lagi. Masa tu yang tengah glamer "Winter Sonata". Kalau tak tengok sehari..tak lengkap hidup rasanya...
Kali terakhir layan cter Korea masa zaman anak daralah...dah kahwin ni mana ada masa nak layan...
Dan akibat saya cuti lama haritu...maka terlayanlah balik citer Korea ni...
Citer "Its Okay Dadddys Girl"...sempat saya layan sampai habis kat umah. Habis citer tu...layan plak "Jewel In The Place" @ "Janggeum".
  

Dibintangi watak utama Seo Jang Geum (서장금) dilakonkan oleh Lee Young Ae (이영애) dan Min Jeong-ho (민정호) dilakonkan oleh Ji Jin-hee (지진희)

Saya memang gemar tengok citer Cina/Jepun/Korea ala-ala klasik.
"Jewel In The Place" @ "Janggeum" ni plak memang best giler. Ceriter tentang masakan dan institusi Raja di Korea.
  

  
Rupa-rupanya bos saya yang lelaki tu pun layan citer ni. Saya jek yang ketinggalan zaman baru nak tengok citer ni. Sekarang layan kat Maaduu.com
Sinopsis  "Jewel In The Place" @ "Janggeum":

Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja SeongjongRaja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.

Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita: dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya, wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya, Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan dari istana.

Di dapur istana pula, Park, seorang perantis dapur, telah menyaksikan sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh Puan Han, kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.

Pada tahun 1504, Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian ibunya. Dia mendapat tahu akan tempat sembunyi bekas pengawal Seo dan keluarga, disebabkan juga oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak kecil Jang Geum. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya melarikan diri tapi ibunya dapat diberkas oleh musuh-musuhnya dari dapur istana dan diracuni. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana.

Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain. Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, sebuah konspirasi yang diketuai oleh Puan Choi dan juga kemanakan perempuannya, Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke pulau Jeju. Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang wanita perubatan bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.

Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan...
Mentang-mentang kaki sakit lagi..asal lunch jek kirim kat member beli makanan. Sementara tu saya layanlah "Jewel In The Place" @ "Janggeum". Ngeh!Ngeh!
Nota Orang Sakit : Tiba-tiba minat giler kat orang bermata sepet. Acaner tu? Nak suruh Encik Suami tarik mata sampai sepetlah...hehehehe...