Drama Maids ini mengisahkan kisah persahabatan,
kekeluargaan dan percintaan. In Yub seorang anak bangsawan yang telah menjadi
hamba (orang gaji) setelah kematian ayahnya yang dituduh menjadi pengkhianat
negara. In Yub juga terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Kim Eun Gi
kerana sudah berlainan darjat. Disebabkan kematian bapanya yang dianggap
pengkhianat Negara, In Yub dipaksa menjadi hamba (orang gaji). Pada mulanya
memang sukar untuk In Yub menyesuaikan diri bergaul dengan orang bawahan namun
akhirnya In Yub sudah pandai menyesuaikan diri dengan hamba yang lain termasuk
Moo Yung. Moo Yung merupakan ketua hamba (orang gaji) dan agak misteri tetapi selalu
menolong In Yub apabila kesusahan.
Kim Eun Gi (bekas tunang In Yub) pula terpaksa
berkahwin dengan Yoon Ok, anak bangsawan yang mana tempat In Yub menjadi orang
gaji mereka demi menjaga darjat keluarganya.
Rupa-rupanya, Moo Yung adalah anak kepada gundik
Raja Joseon yang telah lama dijejaki. Moo Yung dan In Yub sudah mula saling jatuh
cinta antara satu sama lain tetapi dipisahkan oleh darjat.
Adakah Moo Yung menerima tahta untuk menjadi
seorang Raja atau menolaknya demi cintanya pada In Yub? Korang kena tengok
drama Maids ni segera….
Tajuk : Maids/ The Servants/The Housemaids
Genre : Romantik/Aksi
Episod : 20
Genre : Romantik/Aksi
Episod : 20
Pelakon utama ialah :
Jung Yoo Mi sebagai Goong In Yub
Oh Ji Ho sebagai Moo Myung
Kim Dong Wook sebagai Kim Eun Gi
Lee Shi Ah sebagai Heo Yoon Ok
Saranghae : Saya bagi 10 bintang. Best sangat drama Maids ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan