Jumaat, 12 Disember 2014

Review Romance Town

Dibintangi :
 Sung Yu Ri sebagai Noh Soon-gum
Jung Gyu Woon sebagai Kang Gun Woo
Kim Min Joon sebagai Kim Young Hee
Min Hyo Rin sebagai Jung Da Kyum
Romance Town mengisahkan kisah 5 orang gaji yang bekerja bersama orang-orang kaya di satu kawasan elit di Bandar Seoul.
Noh Soon-geum (Sung Yu Ri) gadis muda yang mewarisi pekerjaan nenek dan ibunya menjadi orang gaji. Hidupnya mula berubah seteleh memenangi tiket loteri bernilai  14 billion (US$13 million).
Demi menyembunyikan kekayaannya dari ayahnya yang kaki judi, Soon Geum tetap meneruskan pekerjaannya sebagai orang gaji. Soon Geum jatuh cinta dengan anak majikannya, Kang Gun Woo (Jung Gyu Woon).
Gun Woo sebelum ini adalah seorang lelaki yang gemok tetapi selepas pulang dari belajar dari Amerika, Gun Woo menjadi seorang lelaki yang kurus dan kacak. Gun Woo juga telah jatuh cinta dengan orang gajinya namun mendapat tentangan dari ayahnya.
Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh Soon Geum yang mana sebenarnya tiket loteri tersebut dibeli dengan berkongsi duit bersama 4 orang gaji yang lain. Duit tersebut terpaksa dibahagi 5. Masing-masing jadi buta dan pentingkan diri sendiri kerana berebut duit masing-masing.
Apa terjadi pada mereka? Adakah mereka menjadi orang kaya? Adakah Song Geum akan terus bersama Gun Woo?
Saksikan Romance Town. Memang ada rasa sedih, kelakar dan mazam-macam rasalah.
Saya beri 8/10 bintang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan