Sabtu, 23 Mei 2015

Sinopsis Drama Korea Maids

Drama Maids ini mengisahkan kisah persahabatan, kekeluargaan dan percintaan. In Yub seorang anak bangsawan yang telah menjadi hamba (orang gaji) setelah kematian ayahnya yang dituduh menjadi pengkhianat negara. In Yub juga terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Kim Eun Gi kerana sudah berlainan darjat. Disebabkan kematian bapanya yang dianggap pengkhianat Negara, In Yub dipaksa menjadi hamba (orang gaji). Pada mulanya memang sukar untuk In Yub menyesuaikan diri bergaul dengan orang bawahan namun akhirnya In Yub sudah pandai menyesuaikan diri dengan hamba yang lain termasuk Moo Yung. Moo Yung merupakan ketua hamba (orang gaji) dan agak misteri tetapi selalu menolong In Yub apabila kesusahan.

Kim Eun Gi (bekas tunang In Yub) pula terpaksa berkahwin dengan Yoon Ok, anak bangsawan yang mana tempat In Yub menjadi orang gaji mereka demi menjaga darjat keluarganya.

Rupa-rupanya, Moo Yung adalah anak kepada gundik Raja Joseon yang telah lama dijejaki. Moo Yung dan In Yub sudah mula saling jatuh cinta antara satu sama lain tetapi dipisahkan oleh darjat.

Adakah Moo Yung menerima tahta untuk menjadi seorang Raja atau menolaknya demi cintanya pada In Yub? Korang kena tengok drama Maids ni segera….


Tajuk : Maids/ The Servants/The Housemaids

Genre : Romantik/Aksi

Episod : 20

Pelakon utama ialah :

Jung Yoo Mi sebagai Goong In Yub

Oh Ji Ho sebagai Moo Myung

Kim Dong Wook sebagai Kim Eun Gi

Lee Shi Ah sebagai Heo Yoon Ok

Saranghae : Saya bagi 10 bintang. Best sangat drama Maids ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan