Selasa, 19 Mei 2015

Review Drama Korea Arang And The Magistrates

Hero : Lee Jun Ki                  Heroin :  Shin Min A
Mengisahkan Kim Eun Oh yang mencari ibunya di kampung yang dinamakan Miryang. Dia mempunyai kelebihan boleh melihat roh hantu-hantu yang berkeliaran sepanjang perjalanannya ke kampung Miryang.
Arang seorang gadis comel berlesung pipit menjadi roh yang tidak tenteram akibat kematiannya yang misteri. Arang kehilangan semua memori sepanjang dia hidup apabila menjadi hantu. Dia bertemu dengan Kim Eun Oh semasa dia dikejar oleh penjaga syurga.
Arang meminta Kim Eun Oh yang dengan tidak sengaja dilantik menjadi Hakim di Miryang untuk membantu mencari siapa pembunuh dirinya sebenar. Pada awalnya Kim Eun Oh tidak bersetuju tetapi lama-kelamaan dia bersetuju sambil mencari punca kehilangan ibunya dan misteri kehilangan anak dara sunti di Miryang.
Siapa yang membunuh Arang? Korang layanlah drama Arang & Sato (bahasa korea) ni sendiri. Memang seronok dan penuh misteri serta comel.
Dari 5 Bintang : Saya bagi 4 Bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan