Selasa, 9 Jun 2015

Review It's Okay It's Love


Tajuk : It's Okay It' Love

Genre : Romantik/Kelakar/Perubatan

Episod : 16

Pelakon utama : -

Jo In Sung sebagai Jang Jae Yeol
Gong Hyo Jin sebagai Ji hae Soo
Sung Dong Il sebagai Jo Dong Min
Lee Kwang Soo sebagai Park Soo Kwang
Do Kyung Soo sebagai Han Kang Woo

Jang Jae Yeol adalah seorang penulis laris novel misteri dan DJ radio. Berperwatakkan agak sombong dan main-main. Dia juga mengalami Obsesif-Kompulsif gangguan. Obsesif-Kompulsif adalah penyakit mental yang menyebabkan pemikiran dan tindakan berulang dan tidak diingini.

Mula jatuh cinta dengan Ji Hae Soo ialah seorang pakar psikiatri. Ji Hae Soo pada awalnya tidak mengetahui penyakit Jang Jae Yeol sehingga teman serumahnya yang juga seorang pakar psikiatri, Jo Dong Min memberitahunya. Setelah mengetahui Ji Hae Soo tahu akan penyakitnya, Jang Jae Yeol mula menjauhkan diri dari Ji Hae Soo. Namun, disebabkan cinta yang sangat kuat, Jang Jae Yeol dan Ji Hae Soo sama-sama bekerjasama demi  menyembuhkan Jang Jae Yeol.

Akhirnya Jang Jae Yeol berjaya disembuhkan. Jang Jae Yeol juga berkahwin dengan Ji Hae Soo. Banyak adegan yang kelakar dan sedih boleh kita saksikan. Memang best.

Saranghae : Awas! Bawah 18 tahun tidak digalakkan tengok drama It's Okay It's Love ini kerana ada adegan kurang manis sedikit. Saya bagi 7/10 bintang :)