Khamis, 28 Mei 2015

Review Drama Korea Gu Family


Setelah bapanya dibunuh, Yoon Seo-hwa (Lee Yeon-hee), adiknya Jung-yoon (Lee David) dan pembantu rumah mereka, Dam (Kim Bo -mi) dihantar ke sebuah rumah gisaeng. Seo-Hwa enggan menjadi gisaeng lalu diikat di pokok sepanjang malam.

Tiba-tiba datang, Gu Wol-Ryung (Choi Jin-Hyuk), pelindung hutan mistik dan seorang gumiho datang membantu Seo-Hwa. Rakannya seorang sami, Sojung (Kim Hee-won), memberi amaran supaya jangan mengganggu kehidupan manusia, namun dia kembali membantu  Seo-hwa yang hilang dihutan dan akhirnya mereka jatuh cinta. Banyak pengorbanan perlu dilakukan oleh Gu Wol untuk berkahwin dengan Seo-Hwa seorang manusia. Namun, akhirnya mereka berkahwin juga dengan bantuan Sojung.

Seo-Hwa telah melahirkan anak dan mati di dalam hutan. Anaknya, Lee Seung Gi telah dibawa oleh Sojung untuk bergaul dengan manusia biasa. Apa akan jadi pada Lee Seung Gi? Anda kena tengok Drama Gu Family ini hingga akhirnya....

Para pelakon :- 
  • Kim Hee-won sebagai Sojung 
  • Uhm Hyo-sup sebagai Park Mu-sol
  • Lee Do-kyung sebagai Teacher Gong-dal 
  • Jo Jae-yoon sebagai Bong-chul 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan