Sabtu, 27 Disember 2014

Review Drama Korea The Innocent Man

Lelaki Yang Tidak Berdosa.
Hero : Song Joong Ki            Heroin : Moon Chae Won
The Innocent Man mengisahkan Kang Maru (Song Joong Ki) seorang budak lelaki yang bijak pandai sedang belajar dalam bidang kedoktoran. Telah jatuh cinta dengan jiran perempuan yang cantik di kawasan perumahannya Han Jae Hee (Park Si Yeon) seorang wartawan.
Kang Maru sanggup buat apa saja demi Han Jae Hee sehingga sanggup mengaku membunuh orang dan meninggalkan adiknya yang sering sakit. Kang Maru dipenjarakan dan terpaksa dibuang universiti. Selepas keluar penjara, Kang Maru menjadi gigolo untuk menanggung perbelanjaan dia dan adiknya.
Han Jae Hee telah mengkhianat cinta dalam Kang maru. Dia memilih kekayaan dari cinta tulus Kang Maru.
Akhirnya, Kang maru terserempak dengan Han Jae Hee telah berkahwin dengan lelaki kaya. Kang Maru masih berdiam. Dengan tidak sengaja Kang Maru bertemu dengan Seo Eun Gi (Moon Chae Won). Setelah mengetahui Seo Eun Gi adalah anak kepada lelaki kaya yang dikahwini Han Jae Hee, Kang Maru cuba untuk membalas dendam terhadap Han Jae Hee setelah cintanya dikhianati. Dia mempergunakan Seo Eun Gi.
Namun akhirnya Kang Maru telah jatuh cinta pada Seo Eun Gi dan peristiwa hitam telah melanda mereka. Apakah itu? Saksikan sendiri The Innocent Man. Ada 20 episod.
Sila percaya bahawa saya cuma menghabiskan drama ini cuma 1.5 hari sahaja.
Dari 10 bintang : Saya bagi 10 bintang. Best!!!!!    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan